January 29, 2009

Aktiviti ketika CNY

Salam sume.. Ketika aku menaip entry nie, aku tengah mendengar lagu hanson. Ala yang popular lagu Mmmboop tuh..haaa, aku baru je pas donload 1 album.heeee, itu je arr kije ko datang opis...mendolod je..huhuhuh..

Jadi untuk raya cine lepas, aku telah menghabiskan kesume masa ku dirumah. Dengan kebenggongan bank cyimpeng tuh (ada ke patut dorang x clearkan gaji aku) bodoh betoi. Bile aku call tanye, dengan rude nye si kerani tuh berkata "mungkin account company anda x ada enough fund. I was like, wtf kan..x kan arr company aku nie dah bankrupt.. bodoh piang betoi arr..dari awal sembang gan si mangkuk tuh..asyik2 nak blame kite.xdenye dia nak ngaku kesalahan system dorang..eiii bodoh, bodoh..geram aku..akhirnye, semalam baru clear...

So aku malas dah nak pk pasal si mangkuk tuh..sekarang mari lah kite berbicara tentang kesah weekend ku yang lepas. Xde buat ape pon.. adik - adik aku balik, so aku pon melepak kat umah.. cepat je rasa dah nak kene kije balik..menggong tul arr..tapi selamat arr untuk 3 hari nie, train akan menjadi kekurangan orang sebab cokias2 sume still bercuti..yehuu..

Jadi, untuk cuti lepas antara aktiviti masak memasak aku adalah:

1. Membaking - Aku wat banana cake. For resepi, please click here...

Seriously, aku adalah jenis x buleh nak follow exactly 100% sesuatu resepi tuh..untuk resepi nie, aku double-up the quantity. Pisang tuh, aku pakei 300g. White sugar pulak aku gune 200g and brown sugar aku gune 100g. For me the sweetness dah ok. Just nice. Cumenye, kek nie a dry. So kalo nak makan kene serve gan sour cream ke. So baru buleh layan. Recommended to anyone yang nak try, u guys bule add yogurt, sour cream or maybe milk dalam 80-100g. Untuk gula and pisang tuh, ikotnye measurement aku..huhuhuh..

2. Homemade spicy potato wedges..
Aku selalu p jusco and beli ready made potato wedges. Which is for me..mahal arr..dalam RM6 -RM7 untuk every 750gram. So one day, which is last week, aku try lah buat sindrik..waaa, menjadi tuh..lagi sedap. (x tahannn, puji dirik sindri)huhuhu..so this week, try lagi sekali (di mana kali ini aku menggunakan potato cap india. (Last week aku beli potato cap USA) Rasanya ada larik sket. Sebab nak boikot USA punye pasai, India pon India arr...huhuhuhu..Tapi if u guys suke makan potato wedges, then this one is for you guys:


For this resepi, just bersihkan kentang, potong 6 @ 4 bahagian. (size bergantung kepada kentang yang anda beli). one more thing, x yah nak buang kulit eh puan2. So after that, rebus sampai 3/4 empuk. After kentang dah nak masak, tutup api, buang kan air and masukkan kentang ke dalam mangkuk yang agak besar.. pastuh, campakkan garam, serbuk cili, rempah kari ayam sket, then toast semua sekali. then panaskan minyak dalam kuali..sementara nak tunggu minyak panas, ambik tepung gandum and taburkan atas kentang tadi.. toast lagi..bagi sume kentang tuh diselaputi tepung..saya menggunakan agak banyak tepung..then straight away goreng..pastuh buleh served gan mayo and cili sos.

3. Karipap (dah berzillion kali buat) huhuhu

Aku rasa, sume orang pun tau buat benda alah nie..senang. My family suke crust yang garing and isi kentang curry. Senang je nak buat..huhuhuh..

4. Ape eh nie ???

mesti korang tertanye2 apakah benda di atas ini?? ya ampun..ini adalah lebihan kulit karipap..jadi aku gulung2 and goreng sekali time goreng karipap tuh..pastuh pk, nak makan gan ape pulak kan..sekali godek2 peti ais..jumpe arr honey..so drizzle je la gan hunney..

5. Kaya ball - jangan x percaya

If u guys nak buat, Just online je and gOOgle lah wafel resepi and tukar resepi tuh jadi kaya ball. I love the teksture but x suke sangat bau nye..bau telorr arr...so if nak buat next time, i will just skip the egg. gege x suke teloorrr tau..huhuhu..

Itu lah antara upacara masak memasak aku ketika cuti..bukan lah aku x masak lauk2 yang lain cumenye, benda2 di atas adalah antara benda yang aku x kan buat selalu.. macam lauk2 tuh bosan arr nak post kat dalam blog nie..huhuhuhu..

January 22, 2009

MAUT : Review



Yeterday went to KLCC to watch M.A.U.T. Aku sebenarnye planned nak tengok citer nie last weekend dah. Cumenye x ada kesempatan je.. Semalam p pon bukannye plan. Last minute dapat SMS, bae ajak p tengok movie. So i was like, hmrrmm..hokeey lah. X buat mende pon.

MAUT - Bile dengar tajuk citer camnie mesti kat kepala menyeramkan or something yang berat. Something yang kite expect banyak pengajaran and honestly, aku harapkan Bade akan menyajikan something else yang biasa kite tengok dalam drama2 TV.

Movie start kul 7.30. aku sampei pon dah kul 7.40 and thank you bae for the tickets and pop corn and ayaq..heheheh..xie xie ni. Masuk2 pon dah nak start. Selamat kami x miss bahagian pemulaan.

Ada 3 cerita dalam filem MAUT nie:

Cerita Pertama - berkenaan dengan Su, seorang pelajar IPTA. Pada satu malam semasa mengulangkaji pelajaran..dia di datangi oleh Fadilah, dan dia menyatakan kepada Su bahawa dia telah di ragut dan tiada duit untuk pulang ke rumah makciknye di Bukit Kemboja. Dia meminta tolong Su supaya membantu dia pulang ke rumah makciknye. Oleh kerana hari yang sudah lewat malam, Su memberitahu Fadilah yang dia hanya akan membawanye pulang esok pagi. Bila Su bangun pada esok harinya, dia notice bahawa Fadilah sudah hilang. Rupa2nye Fadilah adalah Roh yang telah datang untuk meminta pertolongan Su. Dia telah diragut dan di perkosa. Jadi dia datang untuk meminta bantuan Su membawa dia pulang. ----> Cerita nie dah biasa kita dengar. bagi aku Su kurang dapat mengahayati watak. Dia nampak kaku. Tapi kredit mesti diberikan kepada Danny and Raja Farah. Mereka membawa watak dengan bersahaja. Dan kite x terpikir yang mereka berlakon.

Cerita Kedua - berkenaan Farah, seorang stewardess. mempunyai kehidupan seperti orang yang ketiadaan agama. besosial siang dan malam. Mempunyai seorang suami mat saleh..yang hanya memeluk Islam atas nama. Berparty dengan botol arak, pergaulan tanpa batasan antara perempuan dan lelaki, x berpuasa di bulan puasa.. Farah sepatutnye membimbing suami muaalafnye untuk menjadi insan yang lebih baik tetapi sebaliknye, dia yang mengikuti arus suaminye..Sehinggalah farah koma dalam perjalanan ke masjid. Didalam komanya, farah telah diseksa dan telah ditunjukkan dengan azab untuk setiap kesalahan yang dia lakukan ---->Adegan seperti ini biasa kita baca di dalam mastika.so bagi aku ini biasa.. Cuma aku agak x paham bila farah drive sorang2 selepas bergaduh gan husband dia, dan radio keretanye tetiba berkumandang azan subuh, selepas tuh terus dorang tunjukkan yang farah nak pegi ke Masjid. Aku x paham..adakah farah mendapat wahyu selepas mendengar azan berkumandang di radio and dia teros berubah???atau dorang dah potong some of the scene??? i dont know..or aku miss one part of the story???entah arr jugeekkk..

Cerita Ke-tiga - Mengenai JJ atau Jamil. Seorang dah memang x mempercayai Allah. taksub dengan black mettal, arak, music yang ganas, zina dan badan bertattoo. Kisah JJ bermula waktu kecil. Ketika kecil JJ ditegah daripada melakukan solat. Alasan yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah dia terlalu kecik untuk solat dan Allah tau ape yang kita buat. So kalo x solat pon x ape. Highlight untuk bahagian nie adalah ketika Que mempermain2kan seorang pak aji yang menjual ayat2 suci Al-Quran. Dengan mengatakan sume itu karut dan atas dasar x puas hati, dia telah membuang sume duit jualan kitab2 suci kepunyaan pak aji itu. - Selepas dari kejadian itu, kereta yang di pandu oleh rakan Que, terlibat dalam kemalangan dan terhumban ke dalam Sungai..----> For this part aku suke sangat dengan lakonan QUE..sangat2 berkesan. Sayang sekali, scene inilah yang paling pendek and aku rasa time que nak minta tolong daripada kawan yang telah dia ngandungkan secara x sengaja. memang sangat berkesan..memang nampak dia takut sangat2. memang aku dapat grab time scene nie..seriously a very good job from que.Congrates to him...

So itulah serba sedikit yang aku buleh ceritakan dekat sinie.. Nak katakan sangat berkesan dan akan membuat penonton terkesima - aku rasa hanya part que sahaja yang berjaya menarik perhatian aku.. Aku galakkan korang sume p and tengok cerita nie semasa dia masih ditayangkan di pawagam berhampiran anda..

January 21, 2009

TENNIS IN REVIEW

I love Tennis. That is a TRUE fact. X tau ngape, my family memang kaki tengok sukan (xpecially my dad) cakap arr sukan ape? sampai boling padang pon dia buleh layan.. dari A sampai ke Z. Kalo bola lagi arr.. Even dulu time dia kije kat Singapore, dia pernah wat report kat polis sebab dia pernah come across gan orang jual and beli game. haaa, korang jangan x tau, kesah tuh pernah jadi hit dulu..huhuhu..

So sekarang musim Australian Open. This is one of 4 grand slam (kire cam, 1 of the biggest game of the year). Disini akan aku ceritakan secara ringkas pasal ke empat2 Grand Slam nie

1. Australian Open - Biasanya grand slam akan dimulakan gan Australian Open, dimainkan atas Hard court (atas simen). Venue kat Melbourne Australia. Bila di main atas hard court, bola melantun dengan lebih cepat and phase permainan pun akan lebih jadi cepat.

2. Wimbeldon - Ini adalah 2nd grand slam (bermula biasanya dalam bulan 3). game dimainkan atas grass court (atas rumput). Bila main atas rumput, bola akan melantun agak slow and. Venua adalah di UK

3. Roland Garros - Venue adalah di France. Pemain akan bermain di atas clay court (court tanah liat). Bile bermain di atas tanah liat, phase akan jadi agak slow jugek and kebanyakkan pemain sukar untuk master this court sebab sukar untuk berlari dengan laju and kadang2, if windy day habuk tanah liat tuh akan mengaburkan mata pemain.

4. US Open - Venuenye adalah di US. permainan dilakukan atas hard court. Sama seperti di Australian Open, cumenye pada waktu ini para pemain akan di uji dari segi mental and fizikal. Biasanye sekarang nie, kebanyakkan pemain akan lebih cepat letih sebab mereka bermain sepanjang tahun tanpa rehat. Jadi sape yang ada kelebihan mempunyai extra energy definetly akan excel.

Selain drpd 4 grand slam nie pemain2 akan still bermain untuk ATP TOUR (lelaki) WTA TOUR (wanita). Ada banyak tour, so pemain2 boleh pilih untuk bermain yang mana 1. Kepada top2 rank mereka biasanya akan di bayar untuk bermain. Ini adalah strategi penganjur untuk menarik peminat untuk membeli tiket dah datang melihat pemain kegemaran mereka. Setiap kemenangan akan diberi point dan itu akan menentukan ranking setiap pemain tersebut.

Sekarang saya akan membincangkan tentang point and cara2 bermain.

1. Permainan akan berlangsung sama ada best of 2 or best of 3. Dimana untuk WTA or ATP, pemain dikehendaki memenangi sekurang2nye 2 set untuk dinobatkan sebagai pemenang. Di mana untuk Grand Slam, Untuk memenangi 1 match, pemain dikehendaki memenangi sekurang2nye 3 set.
2. Setiap 1 set mempunyai 6 point.
3. Setiap 1 point, mempunyai 4 small points (hehehe..ini untuk senang memahami). contoh2 small points is 15,30,40. If kedua2 pemain mendapat 40, jadi akan menjadi deuce. Setiap point mesti dimenangi dengan perbezaan 2 mata.
4. Serve mesti dibuat diluar court.
5. Lett is the term use if bola yang diserved terkena dengan jaring.
6. setiap pemain diberi peluang untuk serve sebanyak 2 kali untuk 1 point kecil.
7. Untuk memenangi 1 set, pemain mestilah mempunyai beza sebanyak 2 point daripada pesaingnye.
8. Jika untuk sesuatu set itu kedua2 pemain mendapat point yang sama, yakni 6. Jadi tie break best of seven if still seri, siapa2 yang dahulu berjaya mendapat perbezaan mata sebanyak 2 akan memenangi set tersebut.
9. Jika untuk set terakhir, kedua2 pemain still seri. Maka pemain haruslah memenangi 2 big point. Contoh 9-7.

So itulah serba sedikit pasal tenis. Pemain kegemaran aku of kos lah Rafael nadal (vamos nadal) and the Williams Sisters. Semalam sempat tengok Nadal beraksi. Huish!gile hebat..Running point dia memang banyak. Point2 yang dia menang pon memang banyak. Dia nampak bersedia. Fresh sangat..Siyes. Aku kajum gile..Sumore dah jadi #1, mesti lah mau tunjuk standard tinggi sket..Hopefully Nadal buleh menang kali ni..and can't wait to see more Nadal esok. Arini dia x main..huhuhuh

Mulakan Hari Anda Dengan Lawak Bodoh Seperti Ini :D

ya salam..

Xsangke ari nie dah rabu..esok khamis and luse jumaat pastuh terossssssssssssssss cuutttiii..yehuuu!! seriously besh..muahahahhaha... Minggu nie cepat je masaa berlalu..

So sampei opis lambat, dalam kul 9.40am, masuk2 wat muke x salah...iye lah bukan salah aku maa, train yang delay ari nie. menggong!

Masuk2 je, bukak email bagai and dapat arr 1 email from bae. Singaporean English..memang kelakar tahap babun..muahahahah...kalo korang x caya, cube tengok kat bawah niee..siyesly funny!!

If sape2 nak soft copy, just buzz me and i'll send it to your email FOC ;0



Kan aku cakap kelakar..x caye..muahahahah!!!

January 20, 2009

update update!!!!

ya salamm..

Hari nie adalah lebih ok sedikit dari semalam..sikit je arr..huhuhu..so nak update ape yang telah aku buat last weekend..

Sabtu:
1. Basuh baju -----> done!!
2. Lipat baju yang berguni2 tuh -----> Ini yang paling mencabar (huh) DONE!!
3. Masak memasak (yehuuuu) -----> Ini mesti done ;0
4. Kemas umah (adoiyaiiii..x suke huh!) -----> done!
5. Baking chocolate chip cookies -----> x buat, sebab umah black-out.xde lektrik.. (alasan)
5.1 . Ingat nak try wat fruit cake gak..(we'll see camne nanti) -----> sama seperti alasan di atas ;p
6. Tengok AJL -----> tengok, tapi x sampai habis..(buhsan je)

Ahad:
1. Gosok baju ----->done!
2. Masak memasak lagi ;0 (lol) ------>done
3. Keluar merendek gan bae (maybe nak tengok citer MAUT tuh) (better buy on9) -----> xp pon
4. Lepak melepak.. -----> ini paling done..heeee

so itu je arr yang buleh di type ari niee...cam xde mood je arr pulakss.. huh!!

January 19, 2009

Hari Sengal Sedunia

I don't know lah..adakah aku sorang je rasa seperti kamben ari nie...seriously memang cam hampess..

benci

benci

benci

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

hisssssshhhh menyampahhh!!!



January 16, 2009

jumaat engkau kembali semula!!!

yehuuuu!! esok sabtu and cuti..minggu nie rasa cepatnye masa berlalu..seriously!!huhuhu..So perkara2 yang akan dilakukan ketika cuti weekend nie

Sabtu:
1. Basuh baju
2. Lipat baju yang berguni2 tuh
3. Masak memasak (yehuuuu)
4. Kemas umah (adoiyaiiii..x suke huh!)
5. Baking chocolate chip cookies
5.1 . Ingat nak try wat fruit cake gak..(we'll see camne nanti)
6. Tengok AJL

Ahad:
1. Gosok baju
2. Masak memasak lagi ;0 (lol)
3. Keluar merendek gan bae (maybe nak tengok citer MAUT tuh) (better buy on9)
4. Lepak melepak..

Hopefully, sumenye untuk minggu nie menjadi seperti yang diharapkan.. I cant wait for 5.30 lah..rasa cam dah tergedix2 nak balik dah nie..muahahahahah..

Ok guys, happy weekend and enjoy ur weekend!!!

heeeeeeeeeee (bunyi antu mengilai)

Nak citer satu kesah lawak + seram2 kuku nie..muahahaha..

Yesterday i went lepakking gan bae kat NZ Garden Cafe. Pernah post entry about this place dulu..Click here for the older post .. Dulu aku park keter kat depan kedai tuh.. Jadi this time i following Bae, and kat depan kedai tuh sume dah penuh and jadi kami decide parking kat belakang.. Ya ampun, rupe2nye kat belakang tuh ada Tanah Perkuburan Islam Ampang..aku x tahu..memang kami parking betoi2 kat sebelah tanah kubur tuh.. Time tuh dah dekat kul 7..seram gak arr..

Time tuh aku cam kecut arr sket.. Senja2 maa.. Tanpe menghiraukan perasaan aku tuh, teros je kami masuk ke kedai tuh..

I had nasik lemak ayam (xsedap sebab sambal dia ada bau hangit) minom aku order Mango lasii (shedap bangat) bae had murtabak ayam (ok lah sedap jugak ) and mango lassi as well. Tapikan tukang ambik order nie aku rasa bangla..dia nie cam kerek sket..benci arr..selamba je aku sound.."aik, itu pon nak marah ke?" "SENTAP"!!!!muahahahah..

So after makan2 and ordered our 2nd glass of water and siap tukar tempat masuk dalam sebab hari ujan..kami pon balik arr..time tuh dah dekat kul 11pm...

Time nak sampei keter tuh, aku memang x pandang lain dah..takot beb...aku tunduk je arr..tapi x mo cakap kat bae, nanti dia ejek pulak..muahahah..Sampai je umah, lepak dulu depan tv..sekali star movies sume pasang cerite hantu...bantai je arr tengok..dah nak dekat kul 12 baru naik atas..ingat x nak mandi..(hheheheh) tapi aku mandi jugak..sebab pernah dengar, if pg tempat2 perkuburan ke or ziarah orang mati, balik mesti mandi..sebab takot bawak badi...aku pon, mandi arr..takott wooo, dah arr tdo sorang2..hisshhh xnak aku..sekali pas mandi, masuk je bilik..aku dengar anjing menyalak x putus2..aku dah seram sejukkk dah..pk punye pk akhirnye aku pakei sweater, ambik selimut and bantal aku bawak turun bawah and tdo gan adik aku kat bawah..muahahahah... terpaksa..kalo x, aku rasa mesti aku akan terjaga2 nanti..

Memang arr sakit 1 badan tidor atas kapet..x lena sangat and aku terdengar anjing2 tuh still x habis2 menyalak.. even dah kul 3 and 4.. Bile esoknye aku pk kan balik..cam kelakar je lah pulak...kire aku cam dah jadi budak2, pengecut je..hehehe..

January 15, 2009

PAC - Result daaa

Pada malam 13/1/2009, aku telah bermimpi yang aku akan LULUS, di ulangi LULUS ujian PAC aku..Seingat aku, time tuh aku punye perasaan is zero, nada, kosong.. Jadi aku bangun pagi gan perasaan kuat yang mengatakan aku akan fail..Jadi sejurus sampei di opis, aku perasan sms from cik izni, dia cakap "af, result PAC kuar ari nie". Aku teros bukak mozila firefox nie and google lah website SPA. after dapat..aku pon teros masukkan ic aku..teros kuar benda alah nie

_________________________________________________________


Semakan Keputusan PAC
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

No. Kad Pengenalan :

Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)

Laman Web SPA Menu Semakan


No. Kad Pengenalan :
Nama Penuh : NOR AFZAN BINTI OMAR

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 11, 12 dan 13 Disember 2008.


_______________________________________________________

Selepas je baca benda alah nie, aku teros exit and dengan x ada perasaan, aku teros buat kije lain.. macam x de ape je yang jadi..Kenapakan aku berperasaan seperti ini?? wei shenme neee???? heheheh

Anyways, nak ucap tahniah kepada cik izni sebab lulus and takziah kepada En izham sebab fail cam aku (dia pon sama, cm xde perasaan je aku tengok) muahahahahahah....

Majlis Perkahwinan Izatul dan Nik 11/01/2009

Akhirnye my best friend during my diploma year kawen. Alhamdulilah, aku tengok sumenye berjalan dengan lancar. Aku ingat lagi time study dulu, dia lah paling risau sebab xde steady boiprend. akhirnye, dia pulak yang kawen dulu..hehehe..congrates aizatun, and honestly after so many ups and downs memang ko deserve to have this kind of peace.

Aku p gan bae. Temanye aku rasa coklet. Sebab pengantin pakai ala2 coklet gituh. Dorang wat majlis kat dewan kat bangsar tuh. Aku tau tempat tuh sebabnye before this pernah datang 2 kali attend kakak dia kawen. Kat bawah nie ada gambar dia sekeping. And if you guys nak lihat lagi banyak gambar, please click here...



Their photographer Zarul, did a good work. Banyak gambar yang cantik..Tapi i would love to see banyak lagi gambar2 candid (which is for me akan menjadikan album perkahwinan tuh lagi cute). Or else zarul x update lagi kan..so we will wait and see hokeey..

Ini nak citer pasal aizat, during time kami2 belajar dulu, kami banyak kongsi pasal suke and duke. I know everything about her and she also know everything about me. Kire cam x ada rahsia2 arr.. + + aku nie suke jadi pakar motibasi x bertauliah..muahahah.. Enough about the good all days, sekarang kite focus kat depan.

Masa kat kenduri tuh, at first, time nak ambik lauk2 tuh, i was like happy sangat sebab sume nampak cantik and mengiurkan.. + + Daging masak black pepper tuh.. Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupenye hujan di tengah hari..chewah.. Lauk yang caterer tuh masak sumenye masin (aku rasa caterer tuh nak kawen kot - itu pasai dia wat masin) geram sungguh..lauk nampak cantik, tapi rasa ada sikit kurang. and if aizat baca nie maybe she can get some refund from the katerer..

Overall, it was very good pegi kenduri aizat, dapat jumpe kawan2 lama. Ada yang nak kawen, ada yang nak beranak and ada single cam aku..muahahahah..One more thing, I can see that Nik (aizat's hubby) is such a good person. He greet us and nampak ramah. I like that kind of men yang x sombong x tentu pasal.

So next trip is Sue wedding. huhuhu..Dah rasa cam wedding crasher pulak lah aku nie..

January 12, 2009

Hetic weekend! I'm restlesssssssssssss

Salam..

Semuga u guys sume enjoy hari nie..aku sesungguhnye x. Sebab ape? pagi nie bangun gan rasa mengantuk and malas sekali nak p kije. Nak cuti rasa cam membazir pulak. Nak mc lagilah x sakit. Demam pon nampaknye dah kebah sket. So basically weekend nie memang arr bz ya amat.

Sabtuh tuh pas balik kije, around kul 1.30 gituh. Aku terus balik umah. Plan awal nak p Jusco nak beli hadiah. Tapi sebabkan terlalu panas terik, so aku cancel nak p. Lagipulak rasa cam nak lepak depan tv je. So aku decide teros balik umah. Sebelom sampei umah, aku singgah beli nasik goreng ayam kat kedai batu area umah aku. Seriously memang sedap.Quantity dia memang banyak gile. Kalo x caya tanye arr sape2 duk kat Kg pandan, Desa Pandan or Maluri luar..mesti dorang tau punye. Satu bungkus tuh dorang charge 4.50, siap ada goreng. Kire cam 2 orang makan arr pakcik tuh wat..

After makan sume, aku lepak depan tv sampai kul 8pm. Gile best dapat rileks. Dalam pale otak ni dah plan nak g jusco malam tuh..malas nak kuar esok, sebab mesti x sempat and aku ada banyak gile kije nak wat. So pas berkire2 nak p ke x, akhirnye aku p gak..orang x ramai mana time tuh..tapi biasalah kan..cokia mesti ramainye.HUH! (benci aku). So pas beli hadiah untuk si aizat. aku pon turun bawah nak wat some grocerries shopping. .aku pon p arr ke tempat biasa nak ambik trolly, sekalik da habis. pastuh p arr ke satu lagi tempat - habis jugak! aku dah tawar hati dah..sekali aku pk, xpe arr aku keluar dulu and tunggu kat tempat parking. manalah tau kot2 ada orang tinggal troly kat situh.. Tunggu punye tunggu x de jugak..menggong betoi lahhh.

So pas tunggu kat 5 mins, ada 1 couple arab nie. barang beli x arr banyak mana, pakai trolly yang lebih. heheh..Dorang nie berenti sebelah aku. Maybe tunggu somebody pickup dorang kot. So aku pon gan muke x malu tanye camnie.."excuse me, if u guys dont mind, can i have your trolly after this?" si arab tuh teros cakap gan slang2 dia, "ya ya, of course". ada lah kat 10 min aku tunggu dorang, sekali x gak bagi aku trolly tuh. Aku dah nak naik minyak dah time tuh..sekali aku ternampak ada sorang cokia nie, dia tolak trolly nak p kete. Aku pon, ape lagi follow arr, cam gaya pembunuh upahan arr pulak.hahahah..sampei je aku kat dia (selamat arr dia parking kete dekat gan tempat aku berdiri) teros aku tanye. Dia pulak cam kerek je..Siot je. Pas aku ambik, malas aku nak cakap thanks. Sebab muke cam siot je. Mampus ko arr..

So aku pon meneroskan sopping aku gan hati yang berbungga2..heheheheh...

For Puan Aizat, i bought a very special gift. Something i like. In fact benda tuh aku suke sangat sampai aku pk untuk beli untuk diri aku satu. heheheh.. Well, i love to cook and baking2 nie. So i bought her 7 pieces stainless steel cookware set. Seriously memang best. Harga pon best gak. Selamat aku kongsi gan bae..kalo x, terok gak nak bayar sorang2..huhuu..

Set tuh consists of 2 sauce pan, (satu kecik and satu besar), Satu dutch oven and satu frying pan (frying pan dia agak besar and dalam). Aku rasa size nyer perfect untuk new family. sebab x kecik sangat and x besar sangat. Sumore aku suke sebab dia stainless steel and buleh di masukkan dalam oven. So senang lah ya amat...

Aku rasa, happy sangat sebab i bought her the cookware set. I love it so much and hopefully, dia pon sama ;)

Aku sampai umah dalam kul 10.30pm, susun barang yang di beli tadi and sambung tengok tv..huhuhu..

January 10, 2009

huh!

hari : sabtu

time : 1050am

tempat: kat opis sambey mengantuk sebab nak demam...wargghhhhh!!!!!!!

ye ye aku tau sume orang coti..tapi aku kat opis ngah mengabiskan kije..nak kuar kul 1 kang and teros p jusco beli hadiah kawen aizat (esok) and hadiah untuk baby nanie..aku pon x tau ngape aku masuk opis hari niee..tapi disilah aku sekarang..And hopefully demam nie buleh kebah hari nie gakk..Can't wait for this evening....

huh!!!!

January 9, 2009

Yes Man

So time aku sakit tuh.. sku still boleh p tengok movie...kekeke..

Memula i was reluctant nak tengok citer nie sebab x pernah dengar and x pernah tengok promo citer nie..tapi since my little sis dah insists gak nak tengok (and fyi, dia dah pernah pon tengok citer ni, a week earlier gan kengkawan dia), so i was thingking yang citer nie maybe akan jadi best.

hari rabu, cuti sekolah and just 1 day away for new year - so what do you expect? yeah, full house. Kami dapat seat depan sekali. Aku memula cam malas sebab mesti akan dongak..tapi bile tanye kat my sis, sekali dia cakap..boleh je lah..aku pon ok lah..set.

YES MAN, citer nie di lakoni (betoi ke ejaan nie?) oleh Jim carrey. I was soo wronnggg...Citer nie memang best and tersangatlah kelakarnye. Kisahnye pasal jim carrey nie yang dah divorce gan wife dia so, since then dia memang melarikan diri dengan dunia. He alone, x enjoy life and do same thing everyday. and he always say NO to EVERYTHING!!yes, i mean EVERYTHING!!

Kawan2 dia sume marah...sebab dia memang akan avoid for gathering, lepakking or maybe just to hang-around with friends..so satu hari nie dia jumpe gan sorang kawan lama dia and kawan dia yang ajak dia to attend satu seminar nie. Seminar YES MAN. Dekat sinie lah dia dah terjebak gan satu self-helped program. yang di mana dia kene say yes to everything.

So since then his life transform, dia dapat promotion dalam kije dia, dapat kenal gan zoey (gf-to-be), he basically try everything, from bungge jumping, holiday @ nebraska, learning bahasa korea, learning how to play guitar. macam2 lah.. I was so excited sebab aku rasa this film memang sesuai sangat untuk aku sebab kan aku have this new azam for 2009. ;0 (hopefully terlaksana)

Aku rasa filem nie sangat sesuai kepada sesiapa yang rasa hidop dorang dumb and numb sangat. So p lah tengok filem nie and u guys akan rasa ape yang aku rasa..seriously, this filem perfecto sangat untuk aku. and harap2 filem nie akan merubah korang gak. and YES IS THE NEW NO!!!

Alkisah Bas #2

Assalammualaikum..

ok, kat sini nak citer camne aku leh dapat cuti selama 8 hari straight (25 dec - 1 jan). kat sini aku akan citer secara terperinci.

25/12/08 : aku bercuti seperti sume orang dalam dunia nie..huhuuhhu

26/12/08 : pagi2, aku dah siap nak p kije..semangat je, siap bawak bekpes lagi dari umah.huhuhu.. So since aku x de wadut or wajul sekarang nie, jadi aku kene menaiki public transport. Which for me xde lah masalahnye. So dari umah naik arr bus (metro #32) and turun kat masjid jamek.sampei kat masjid jamek aku tekan loceng and bas berenti. errrkk (bunyik bas berenti). Aku pon jalan arr sampei ke tangga, and waktu aku melangkah tuh aku dah terasa tumit aku kene something tajam. aku paling belakang untuk tengok..sekali nampak ada cam besi terkeluar dari anak tangga tuh..dalam hati terdetik..SHIT!! aku jalan sket and berenti check, sekali tumit aku dah pucat lesi and kulit tumit tuh dah terkeluar. And that time aku tau bahawanye any second je darah akan kuar gan banyak nyeeee..

Aku jalan lagi dalam 3 langkah and check lagi..and aku nampak darah dah membuak2 kuar..(aku pon x tau camne aku leh tahan, sebab FYI, aku nie penakot nak mampos bile benda2 yang berkaitan gan sakit and darah). Aku jalan sket and aku check lagi warghhhh, kain aku dah penuh darah...pastuh aku nampak 7-eleven kat area tuh..aku pon tanpa lengahkan masa teros masok. Dibawah ini adalah dialog aku ngan staf 7-eleven yang maha lembabs (supervisor and intern)

aku: hai, sini ada x firstt-aid kit? (gan muke chemas)
intern 7-E : First-aid kit??? sambei pandang muke supervisor dia. [supervisor pon cam blur.(x tau arr camne leh jadi supervisor)]
aku: aah, peti kecemasan. ada x?
Supervisor: sini x ada.
aku: ok xpe, ada jual bandage x? x pon plaster?
Supervisor: ada, tapi kami jual in box. Boleh ke?
aku: haaaa, xpe lah u bagi je. awak ada tisu x?(sambey tanye kat intern tuh)
intern: ada, dia pas kan aku sekeping.
aku: ngan muke x caya, boleh x bagi banyak sket. Hellooooo! i'm bleeding here. Dia pas kan aku tisus (s sebab plura hokkeeyy) ;0
aku lagi: eh awak, nanti awak mopkan lantai ni eh, sorry sangat sebab buat mess.
intern: haaaa, xpe2.
aku: hmrrrmm, kat sini ada x klinik? (tanye kat supervisor)
supervisor: hmrrmm, x tau lah..
aku: (dalam hati) YA RABBBBII.. sabar je lah :(

pastu ada sorang pompuan nie cakap, ada tapi kat hujung tuh..(pompuan nie customer 7-e nie)
aku: owh, thanks eh.

and aku teros keluar dari 7-e tuh sambey pk ape harus aku wat sekarang? nak straight p opis - ridicullous. So aku decide nak balik and p clinic teros. Macam2 aku pk time tuh, if aku call ayah aku, cam lambat je dia nak sampai and pick-up aku. kalo nak ambik cab, kang menyusahkan cab driver tuh. Mesti kotorkan teksi dia nanti..so aku duduk je kat devider depan 7-e tuh sambey pk ape nak wat. and tangan x gerak2 dari pegang kaki.
adoiyaaaaiiii!!

Tapikan, satu benda aku notice bile aku kat 7-e tuh, aku observe kebanyakkan orang KL nie, dorang x ambik pedulik gan ko. mampus arr ape nak jadi. korang bayangkan aku gan berdarah2 cengituh, dorang wat deeekk je. xpe arr, aku pon x mengharap gan belas kasihan orang lain.

So dalam 5-10 minit berpikir ape nak kene buat ni. aku tengok darah dah stop (sebab aku berenti and duk diam, so darah stop arr..tapi bile aku start jalan, dia punye mengalir, tuhan saja yang tahu.) sebab preassure kan..habis sandal aku basah gan berdarah. rasa jalan dalam air.huhuh..

Aku decide nak balik umah dulu and rest. nak p clinic pon dah x sanggup. So aku bangun nak tahan teksi. sakitnye memang lah aku x leh nak describe. 2 teksi x nak hantar aku (hey aku bayar arrr!!) pastuh ada pakcik nie berenti and aku cakap g taman maluri and dia cakap ok. Aku pon-set.

Dalam taxi, aku call boss, x pickup. and aku call akak opis nie. citer sume and aku suruh pesan bitau kat boss. Pastuh, boss aku call balik. Aku explain sume and dia cakap ok and take care (bunyik cam boss aku baru bangun tdo)hihi..

so sampai je umah, aku cuci kaki kat luar, masuk dalam ambik tisu, bersihkan and plaster. pastuh teros aku baring..senang...tapi terasa gak berdenyut2. aku plan, ayah aku balik nanti petang, baru nak ajak dia p clinic.

Sehari tuh aku lepak je duk depan tv. Cume petang tuh, aku tengok adik2 aku x de ape nak makan so aku bangun and gorengkan hash brown and nugget and wat air untuk dorang. dalam sakit2 tuh sempat lagi..huhhuu. tapi aku jadi OKU lah. jalan sebelah kaki.hahaha..

Sekali malam tuh ayah aku balik lambat daa..petang tuh pon aku dah malas nak keluar bagai.aku pon cam dah decide nak p clinic esok je.lagipon tengok kaki aku dah x kuar darah.. bile ayah aku balik, aku pon citer arr sumenye..mak aku punye arr terkejot..cakap kenapa x call. aku cakap, malas arr..lagi pon bukannye masuk spital pon..hehehe..so malam tuh aku tdo tanpe mengerakkan kaki..
;0

27/12/2008: pagi tuh, kul 9 aku dah p klinik depan umah aku..(klinik bukan jauh pon)heheh..dapat je jumpe doc, aku pon citerkan sekali lagi sume nye..di bawah nie dialog aku bersama doc:

doc: tengok kaki
aku: nie haa..sambey bukak plaster
doc: tengok sambey suluh torchlight (sudah terang lagi bersuluh)heheh. Nak kene jahit ke?
aku: eh, x payah arr (laju je). kalo dressing je buleh x?
doc: luke nie x besar, tapi dalam. ok lah, kite dressing je.
aku: emm, kalo saya dressing kat umah je bule x? saya takot..biar saya buat sindri.
doc: betoi ke nie?
aku: iye saya buat.
doc: ok. besi tuh karat ke?
aku: x tau arr..x perasan pulak saya.
doc: kalo macam tuh, kite bagi injection ok. sebab takot besi tuh karat.
aku: injection? is it necessary??
doc: yerp. lagipon luke awak baru semalam, so mesti kene injeck.
aku: adoiyaaaaiiii..sakit ke ni?
doc: cam kene gigit semut je. xde ape2.
aku: ok
doc: awak nie, MANJANYE X PADAN DENGAN BADAN.
aku: ewah doc nie, banyak pulak pantun2 dia.hahha..(dalam hati arr)

so pas kene injek gan doc (sakit woo) tpu arr doctor tuh, cakap cam kene gigit semut je. sampey ari nie sakitnye still ada..menggong.pastuh doc tuh explain pasal ubat sume.5 jenis ubat kene makan..menggong..

pas bayar sume aku pon pulang arr ke rumah.

28/12/08: coti

29/12/08: coti

30/12/08: bangun pagi tengok luke x kering lagi. so sms akak opis cakap still mc. Aku takot arr if dalam train tuh nanti berlanggar2..kang x pasai2 menangis aku..huh! so dalam kul 9 tuh p clinic lagi and jumpe doc and doc bagi mc sampai esok..yehuuuu!!! tengah hari tuh buleh plak p times square tengok movie and makan keni rogers..huhuuh.. x tahaannnn...pastuh boleh plak p K4 lagi...huhuhuhuhu..nampak sangat kaki dah ok..kehkehkehh..sakit tetap sakit..maintaiinnn..

31/12/2008: coti lagi..huhuu

01/01/2009: coti coti dan coti

02/01/2009: memulakan ari bekerja..huh!! bosaaannn....

so itu adalah antara kesah yang aku leh khabarkan untok korang sume..and sampai ari nie kaki aku masih berplaster and aku still lagi kuat berjalaaannn...

Cume aku nak pesan..berjaga2 lah anda sume..sebab sakit terkene kan..memang lah x tahan nyee..huhuhhu...and sekarang aku dah very the careful nak turun and naik bas..takot wooo kalo kene lagii....

January 2, 2009

HAPPY NEW YEAR!


So another 25minutes before 5.30pm. dah nak balik dah nie...tapi ape2 pon kat sinie aku nak ucapkan selamat tahun baru and semoga korang akan lebih enjoy! Seriously, ill starting mine already. Insyaallah..

Sorry sebab sangat wish tapi better late than never kan. Pagi new year tuh aku bangun gan SMS from my daddy..

" Ya Allah, seketika di akhir tahun ini Insyaallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drpd fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin"

memang sayu je rasa bile pepagi bangun and dapat sms camtuh..++ lagi if it was from your beloved daddy. aku sesungguhnye mengharapkan perkara yang sama untuknya. Insyaallah.

Dalam pale nie dah banyak dah list benda yang hendak dibuat pada tahun nie. Seriously aku dah buang banyak sangat masa tahun lepas. I was so bz with my work life sampai aku lupe gan my personal life. Insyaallah. later2, aku akan update azam aku ok..

okok dah nak balik dah..later i'll update u guys gan kesah2 sepanjang cuti aku selama 8 hari staright (seyiesly, gile best) muahahahah...i ada date gan bae inie petang. so buhbye and please enjoy the weekend okeysss ;0