Yeterday went to KLCC to watch M.A.U.T. Aku sebenarnye planned nak tengok citer nie last weekend dah. Cumenye x ada kesempatan je.. Semalam p pon bukannye plan. Last minute dapat SMS, bae ajak p tengok movie. So i was like, hmrrmm..hokeey lah. X buat mende pon.
MAUT - Bile dengar tajuk citer camnie mesti kat kepala menyeramkan or something yang berat. Something yang kite expect banyak pengajaran and honestly, aku harapkan Bade akan menyajikan something else yang biasa kite tengok dalam drama2 TV.
Movie start kul 7.30. aku sampei pon dah kul 7.40 and thank you bae for the tickets and pop corn and ayaq..heheheh..xie xie ni. Masuk2 pon dah nak start. Selamat kami x miss bahagian pemulaan.
Ada 3 cerita dalam filem MAUT nie:
Cerita Pertama - berkenaan dengan Su, seorang pelajar IPTA. Pada satu malam semasa mengulangkaji pelajaran..dia di datangi oleh Fadilah, dan dia menyatakan kepada Su bahawa dia telah di ragut dan tiada duit untuk pulang ke rumah makciknye di Bukit Kemboja. Dia meminta tolong Su supaya membantu dia pulang ke rumah makciknye. Oleh kerana hari yang sudah lewat malam, Su memberitahu Fadilah yang dia hanya akan membawanye pulang esok pagi. Bila Su bangun pada esok harinya, dia notice bahawa Fadilah sudah hilang. Rupa2nye Fadilah adalah Roh yang telah datang untuk meminta pertolongan Su. Dia telah diragut dan di perkosa. Jadi dia datang untuk meminta bantuan Su membawa dia pulang. ----> Cerita nie dah biasa kita dengar. bagi aku Su kurang dapat mengahayati watak. Dia nampak kaku. Tapi kredit mesti diberikan kepada Danny and Raja Farah. Mereka membawa watak dengan bersahaja. Dan kite x terpikir yang mereka berlakon.
Cerita Kedua - berkenaan Farah, seorang stewardess. mempunyai kehidupan seperti orang yang ketiadaan agama. besosial siang dan malam. Mempunyai seorang suami mat saleh..yang hanya memeluk Islam atas nama. Berparty dengan botol arak, pergaulan tanpa batasan antara perempuan dan lelaki, x berpuasa di bulan puasa.. Farah sepatutnye membimbing suami muaalafnye untuk menjadi insan yang lebih baik tetapi sebaliknye, dia yang mengikuti arus suaminye..Sehinggalah farah koma dalam perjalanan ke masjid. Didalam komanya, farah telah diseksa dan telah ditunjukkan dengan azab untuk setiap kesalahan yang dia lakukan ---->Adegan seperti ini biasa kita baca di dalam mastika.so bagi aku ini biasa.. Cuma aku agak x paham bila farah drive sorang2 selepas bergaduh gan husband dia, dan radio keretanye tetiba berkumandang azan subuh, selepas tuh terus dorang tunjukkan yang farah nak pegi ke Masjid. Aku x paham..adakah farah mendapat wahyu selepas mendengar azan berkumandang di radio and dia teros berubah???atau dorang dah potong some of the scene??? i dont know..or aku miss one part of the story???entah arr jugeekkk..
Cerita Ke-tiga - Mengenai JJ atau Jamil. Seorang dah memang x mempercayai Allah. taksub dengan black mettal, arak, music yang ganas, zina dan badan bertattoo. Kisah JJ bermula waktu kecil. Ketika kecil JJ ditegah daripada melakukan solat. Alasan yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah dia terlalu kecik untuk solat dan Allah tau ape yang kita buat. So kalo x solat pon x ape. Highlight untuk bahagian nie adalah ketika Que mempermain2kan seorang pak aji yang menjual ayat2 suci Al-Quran. Dengan mengatakan sume itu karut dan atas dasar x puas hati, dia telah membuang sume duit jualan kitab2 suci kepunyaan pak aji itu. - Selepas dari kejadian itu, kereta yang di pandu oleh rakan Que, terlibat dalam kemalangan dan terhumban ke dalam Sungai..----> For this part aku suke sangat dengan lakonan QUE..sangat2 berkesan. Sayang sekali, scene inilah yang paling pendek and aku rasa time que nak minta tolong daripada kawan yang telah dia ngandungkan secara x sengaja. memang sangat berkesan..memang nampak dia takut sangat2. memang aku dapat grab time scene nie..seriously a very good job from que.Congrates to him...
So itulah serba sedikit yang aku buleh ceritakan dekat sinie.. Nak katakan sangat berkesan dan akan membuat penonton terkesima - aku rasa hanya part que sahaja yang berjaya menarik perhatian aku.. Aku galakkan korang sume p and tengok cerita nie semasa dia masih ditayangkan di pawagam berhampiran anda..
No comments:
Post a Comment